BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Try Your Luck Dude!!!

Sunday, November 28, 2010

Pengakuan penyanyi Fiq tentang tabiat merokoknya mungkin kedengaran pelik tetapi anak jati Sabah itu percaya tabiat tersebut banyak membantu dalam memantapkan lagi vokalnya.

Ujar juara program realiti Mentor musim pertama itu dalam satu pertemuan bersama mStar Online baru-baru ini, sejak mula merokok setahun yang lalu dia dapat melihat kesan positif tabiat itu pada perubahan vokalnya.


"Saya baru saja merokok. Sebelum bergelar penyanyi saya tidak merokok dan tabiat ini bermula apabila saya selalu berasa bosan ketika menunggu waktu untuk rakaman lagu dan pertunjukkan.

"Bagaimanapun tabiat ini berlaku bukan kerana saya mengalami kejutan budaya atau terikut-ikut orang lain. Ia kehendak diri sendiri.

"Sejak mula merokok setahun yang lalu, saya mula mendapati tabiat ini sebenarnya banyak memberikan kesan positif pada suara saya," katanya.

Sambil tidak menyangkal tabiat itu tidak baik untuk kesihatan, Fiq bagaimanapun menganggap tabiat tersebut banyak membantunya dalam memantapkan vokal sebagai penyanyi rock.

"Saya tahu tabiat merokok membahayakan kesihatan tetapi sejak mula merokok saya dapati ia banyak membantu dalam memantapkan vokal. Vokal saya bertambah kasar, besar dan serak berbanding sebelum merokok dulu....

Banyak kisah fasal artis ini yang boleh diketengahkan oleh wartawan/akhbar, namun mengapa mereka mahu menulis dan menyiarkan berita seumpama ini? Mengapa tidak diketengahkan cerita artis ini berbuat amal soleh, sembahyang secara berjemaah di masjid, atau kisah artis ini terlibat dalam aktiviti sosial yang mendatangkan faedah?

Apabila cerita seumpama ini disiarkan, maka impaknya sudah tentu cukup besar kepada remaja. Hal ini demikian kerana artis sering (walaupun tidak sepatutnya) diangkat/dianggap sebagai suri teladan. Justeru, apa-apa yang dibuat oleh seseorang artis akan mudah ditiru oleh remaja. Paling mudah peminat akan meniru artis mereka dari segi cara berpakaian dan tingkah laku. 

Hari ini artis yang lahir daripada sebuah program realiti TV seperti yang diberitakan oleh Mstar telah mengeluarkan kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab kepada pembangunan sahsiah remaja. Walaupun menyedari bahaya rokok kepada kesihatan, namun artis ini dengan "bangga" mengatakan bahawa merokok membuatkan vokalnya bertambah mantap dan memberikan kesan positif kepada suaranya.

Kenyataan dan artikel tersebut tidak sewajarnya disiarkan kerana impaknya cukup besar kepada pembaca yang begitu taksub dengan tingkah laku artis pujaan mereka.

0 comments:

Facebook Badge